《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

(VIDEO) Pengasuh Mengaku Tak Bersalah, Bunuh Dan Sorok Kematian Adam Rayqal



Ini berita tentang isu yang mana pengasuh telah menyebabkan kematian kepada soerang bayi berumur 5 bulan bernama Adam Rayqal yang menjadi viral.

Pengasuh kepada bayi lima bulan Adam Rayqal yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya bayi itu sehingga menyebabkan kecederaan di kepala dan melupuskan mayat mangsa dengan menyembunyikan kematiannya.

Tertuduh bernama Noor Aqilah Abd Rahman dan telah mengaku tak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Tuduhan Pertama:

Tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap bayi itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuduhan Kedua:

Tertuduh didakwa telah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman, mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah sewanya, di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini antara 6.20 petang dan 6.50 petang, 3 Julai 2018.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam M. Dinesh dan Mohd Redzuan Mohamed Yusoff memohon jaminan minimum dengan alasan tertuduh menanggung kedua-dua ibu bapa yang menghidap pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, gout dan sakit jantung.

Ini kata peguam:

"Pihak pembelaan juga memohon jaminan minimum atas faktor ekonomi keluarga tertuduh. Kedua-dua ibu bapa tertuduh tidak bekerja dan semua ibu bapa yang menghantar anak mereka kepada tertuduh kini menghantar anak mereka kepada orang lain sejak tertuduh ditahan reman.


"Tertuduh sebelum ini bekerja sebagai tukang masak bagaimanapun berhenti kerja dan mula memberi fokus sepenuh masa menjaga anak asuhan. Tertuduh yang masih bujang juga mempunyai seorang anak angkat berusia tiga tahun yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU). Dia menjaga bayi itu sejak bayi berkenaan berusia dua bulan. Sekarang anak angkatnya di bawah jagaan orang lain"

Mahkamah kemudian telah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan dan tidak menganggu saksi.

Tentang kes berkenaan, pihak mahkamah menetapkan 13 Ogos untuk sebutan semula kes.

Diimbas kembali, pada 3 Julai lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Pada mulanya pengasuh berkata bayi berkenaan dilarikan oleh individu yang menyamar emnjadi ayah bayi berkenaan.

Kemudian mayatnya ditemukan oleh anggota polis di dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian.

Susulan itu, tertuduh dan seorang rakannya ditahan pada hari sama.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala.


0 Response to "(VIDEO) Pengasuh Mengaku Tak Bersalah, Bunuh Dan Sorok Kematian Adam Rayqal"

Post a Comment

Popup Set

loading...