Seekor buaya sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap di tebing sungai Kampung Sungai Semilang, Kuala Juru, di sini sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohd Azman Hussi. berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kehadiran buaya di kawasan itu kira-kira 10.17 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.
Penduduk di kawasan itu gempar selepas mendapati ada seekor buaya dipercayai jenis air masin di atas tebing sungai di situ sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.
"Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda yang tiba di lokasi kejadian mendapati buaya itu masih berada di kawasan berkenaan dan komander operasi membuat 'size up' serta mengarahkan anggota membuat tangkapan,"
Seorang penduduk Mohd Hasani Mohd Dain, 34, berkata penduduk kampung sering terserempak dengan buaya sejak 10 tahun lepas dan sudah beberapa kali cuba menangkapnya, namun reptilia terbabit melarikan diri sebaik menyedari kehadiran orang ramai.
0 Response to "Terkini buaya naik ke darat gemparkan penduduk kampung sembilang, Kuala Juru, Pulau Pinang. Buaya 10 Kaki Gemparkan Penduduk Kampung, Berjaya Ditangkap Oleh Bomba..."
Post a Comment