《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

TUDIA..... “Memang Betul Johan Datang Bilik Saya Pukul 3 Pagi” - Pengakuan Aishah Bujang Telah Membuatkan Ramai Peminat Terkelu Lidah....

TUDIA..... “Memang Betul Johan Datang Bilik Saya Pukul 3 Pagi” - Pengakuan Aishah Bujang Telah Membuatkan Ramai Peminat Terkelu Lidah....



PENYANYI Aishah Bujang mengakui ada berborak kosong dengan aktor Johan As’ari dalam bilik hotel pada pukul 3 pagi ketika mereka sama-sama menjayakan sebuah acara hiburan di Singapura pada Februari lalu.

Aishah, 26, berkata, pelakon Juvana itu datang ke biliknya selepas acara berkenaan untuk berkenalan dengan lebih rapat, namun ditemani oleh beberapa rakan lain.
“Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kami keluar makan lewat malam sekali beramai-ramai, kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak.
“Tapi bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada,” ujarnya kepada mStar Online.
Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Bujang ini diminta mengulas berita di ruangan pojok akhbar mingguan bahawa aktor lelaki itu mengetuk pintu bilik pada pukul tiga pagi ketika di sebuah hotel.
Tambah penyanyi lagu Cinta Dan Luka ini, kejadian itu merupakan pertama kali dia berjumpa dengan aktor berkenaan.
“Saya tidak pernah kenal Johan sebelum ini, jadi banyak cerita yang kami ingin kongsi dan saya pula kaki borak.
“Dia seorang yang baik dan tidak sombong biarpun sudah ada nama besar dalam industri,” ujarnya.
Bagaimanapun, Aishah berkata, dia bimbang berita tersebut memberi persepsi negatif dan disalah anggap oleh masyarakat.
Katanya, dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan aktor berkenaan biarpun sudah bertukar nombor telefon.
“Saya takut orang salah anggap dan jika Johan ada kekasih tentu akan menimbulkan rasa tidak senang. Saya sendiri tidak tahu dia ada kekasih atau tidak ketika kami berkenalan.
“Saya akui ada bertukar-tukar nombor telefon, tapi tidaklah sampai sudah ada hubungan istimewa buat masa ini,” ujarnya. – mStar Online



loading ...

0 Response to "TUDIA..... “Memang Betul Johan Datang Bilik Saya Pukul 3 Pagi” - Pengakuan Aishah Bujang Telah Membuatkan Ramai Peminat Terkelu Lidah...."

Post a Comment

Popup Set

loading...