Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!! | Sophia Brenner ialah seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Jadi tidak hairanlah apabila ibunya, Brandi, ingin membelikan hadiah untuknya, tiada apa yang dia mahu selain anak patung doktor. Hadiahnya ini meraikan dia yang sudah pandai untuk ke tandas sendiri.
Namun apa yang mengejutkan ialah reaksi juruwang di kaunter bayaran. Juruwang tersebut bertanya kepada Sophia sekiranya ini anak patung yang dia mahu.
Apabila Sophia mengangguk tanda ya, juruwang itu mengatakan anak patung itu tidak menyerupai dia dan terdapat banyak lagi anak patung lain yang menyerupai Sophia.
Hal ini kerana, anak patung yang dipilih oleh Sophia itu berkulit gelap.
Brandi telah muatnaik pengalamannya itu di laman Instagram dan ianya telah dikongsi secara viral di laman Facebook. Pengalaman itu, dan jawapan Sophia kepada juruwang itu membuatkan ramai terpegun dengan kebijaksanaannya.
Sophia dan anak patung yang dihadiahkan oleh ibunya, Brandi
Ibunya, Brandi berkongsi pengalaman di laman Instagram. Jawapan Sophia yang membuatkan juruwang itu terus terdiam mendapat respons hebat di internet.
Apabila juruwang itu memberi cadangan untuk dia memilih anak patung lain yang menyerupai kulitnya yang lebih cerah, Sophia menjawab;
“Anak patung ini memang menyerupai saya. Dia doktor dan saya juga doktor. Saya cantik dan dia juga cantik. Nampak rambutnya yang cantik? Atau stetoskopnya?”
Juruwang itu tadi terdiam dan tidak memberi apa-apa lagi komen tambahan.
Brandi tadi yang sangat marah dengan kata-kata juruwang itu tadi bangga dengan jawapan anaknya. Dia yakin bahawa semua manusia cantik, tidak kira apa jua jenis warna kulit.
Kisah yang dikongsikan oleh Brandi ini mendapat respons baik daripada semua. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka sendiri dan gambar anak-anak mereka bersama anak patung.
“Ini anak saya bersama anak patungnya. Dia amat sukakan anak patungnya dan berkata kulitnya berwarna perang seperti coklat! Saya tidak faham kenapa budak perempuan hanya patut bermain dengan anak patung yang menyerupai mereka.”
“Saya suka bagaimana kanak-kanak tidak mementingkan warna. Ini anak saya bersama anak patungnya.”
Kebanyakannya juga berkongsi rasa bangga mereka terhadap Sophia kerana bijak berkata-kata dan berjaya menetapkan pendiriannya. Mereka berasa dia mempunyai minda yang terbuka dan memuji ibu bapanya kerana telah membesarkan anak perempuan yang yakin bersuara.
Sumber : Era Baru
0 Response to "Kanak² perempuan berkulit cerah ini memilih anak patung yang berwarna gelap. Ketika hendak membayar, juruwang menegur kanak² ini dan menyuruh menukar patung yang warna cerah. Si ibu yang mula hendak marah juruwang dengan teguran itu terkejut apabila anaknya membalas jawapan dengan......"
Post a Comment