Lumrah orang merantau, ahli keluarga, kediaman pasti akan ditinggalkan. Tambahan pula bila merantau jauh ke negara orang, orang kesayangan pasti sentiasa menjadi ingatan.
Itulah juga pasti dirasai oleh warga asing yang datang ke negara kita, mereka terpisah beribu-ribu batu daripada isteri, anak, ibu, bapa dan keluarga.
Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama AkuPendosa Dunia, di mana dia telah melihat seorang lelaki warga asing yang duduk berseorangan menangis sembil melihat dompetnya, beliau pada mulanya ingat lelaki berkenaan tiada duit, tetapi rupanya.. jom kita baca.
Aku tengok dia buka dompet duit dia, lama dia perhatikan sambil jari dok usap-uspa dekat dompet dia tu, sesekali dia lap air mata.
Aku ingat dia sedang kira duit, aku pun intailah.. rupa-rupanya.. dia sedang tengok gambar anak-anak dia, seorang bapa yang jauh beribu batu sedang rindukan anak-anaknya.
Sumber:-SiakapKeli & malaysiakubaru
Begitulah kasih seorang bapa, bila didepan nampak tegas, bila berjauhan hanya air mata tanda kasih sayang.
#PengorbananSeorangYangBernamaAyah.
0 Response to "Seorang pekerja asing dilihat asyik merenung dompetnya, Ingatkan dia risaukan duit dah nak habis, Selepas diintai, apa yang dilihat buat ramai sebak..."
Post a Comment